Skip to content
Home » Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i

Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i

  • by

Ada Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i, tetapi objektif kedua akaun atau tabung ini tetap sama.

Objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman. Kedua-dua skim simpanan SSPN -i dan SSPN -i Plus ini adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Akaun SSPN -i Plus

Berikut adalah ciri ciri akaun SSPN -i Plus

  • Komitmen menabung, paling minimum sebanyak RM30 sebulan
  • Mempunyai sumbangan takaful sebanyak RM10 sebulan atau mengikut pakej yang telah dipilih. Lihat artikel Buka Akaun SSPN -i Plus untuk pakej-pakej akaun SSPN -i Plus.
  • Manfaat takaful dari akaun SSPN -i Plus adalah seperti berikut
    • Manfaat kematian /ilat kekal (kemalangan) sehinga RM1,000,000.00
    • Manfaat kematian /ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.00
    • Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.00
    • Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.00
    • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
    • Khairat kematian mengikut pakej:
      1. Pendeposit – sehingga RM18,000.00
      2. Pasangan – sehingga RM9,000.00
      3. 3 anak – sehingga RM2,000.00 seorang
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan
    • Sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan akaun SSPN -i Plus tahun semasa.
    • Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan iaitu sehingga RM7,000.00 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa
    • Baca artikel Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan dengan Akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut
  • Tiada geran sepadan diberikan

Akaun SSPN -i

Berikut adalah ciri-ciri akaun kaun SSPN -i.

  • Tiada komitmen minimum bulanan yang diperlukan
  • Sumbangan takaful adalah percuma bagi pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan keatas sahaja.
  • Manfaat takafaul akaun SSPN -i adalah kurang dari akaun SSPN -i plus, seperti berikut
    • Manfaat kematian /ilat kekal disebabkan kemalangan – ringgit ke ringgit
    • Maafaat kematian /ilat kekal (biasa) – ringit ke ringgit
    • Tiada manfaat ilat kekal separa
    • Tiada manfaat 36 penyakit kritikal
    • Tiada elaun kemasukan hospital
    • Khairat kematian
      1. Pendeposit RM2,000
      2. Penerima manfaat RM500
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan
    • Sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN -i dan SSPN -i Plus tahun semasa
  • Geran sepadan diberikan kepada keluarga yang layak sehingga RM10,000.00

Berikut adalah dua ciri-ciri perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i.

Kesimpulan Perbezaan

Jadual dibawah adalah hasil kesimpulan perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i

Perkara perbezaan Akaun SSPN -i Plus Akaun SSPN
Komitmen
minimun
bulanan
Serendah RM30 sebulanTiada
Sumbangan
takaful
Serendah RM10 sebulan
atau mengikut pakej yang dipilih
Sumbangan takaful adalah
percuma bagi pendeposit
yang mempunyai simpanan
RM1,000.00 dan keatas sahaja.
Manfaat takafulManfaat kematian /ilat kekal
(kemalangan) sehinga
RM1,000,000
Manfaat kematian /ilat kekal
disebabkan kemalangan
– ringgit ke ringgit
Manfaat kematian /ilat kekal
(biasa) sehingga RM500,000
Maafaat kematian /ilat kekal
(biasa) – ringit ke ringgit
Manfaat ilat kekal separa sehingga
RM100,000
Tiada
Manfaat 36 penyakit kritikal
sehingga RM100,000
Tiada
Elaun kemasukan hospital
sehingga RM200 sehari.
Tiada
Khairat kematian mengikut pakej:
-Pendeposit – sehingga
RM18,000
-Pasangan – sehingga RM9,000
-3 anak – sehingga RM2,000
seorang
Khairat kematian:
Pendeposit RM2,000
Penerima manfaat RM500
Pelepasan
taksiran
cukai
pendapatan
Sehingga RM8,000.00 setahun
berdasarkan simpanan bersih
SSPN-i dan akaun SSPN -i Plus
tahun semasa.
Sehingga RM8,000.00 setahun
berdasarkan simpanan bersih
SSPN -i dan SSPN -i Plus
tahun semasa
Menikmati tambahan
pelepasan taksiran cukai
pendapatan iaitu sehingga
RM7,000 setahun berdasarkan
bayaran sumbangan
takaful tahun semasa
Geran sepadan
(insentif
kemasukan IPT)
Tiada Geran sepadan
diberikan kepada
keluarga yang layak
sehingga
RM10,000.00

Buka akaun SSPN -i Plus atau buka akaun SSPN -i

Jadi akaun SSPN yang mana satu perlu saya buka? Samada anda membuka akaun SSPN -i Plus atau akaun SSPN -i, masing masing mempunyai kebaikan yang tersendiri tetapi yang penting ia adalah salah satu penabungan untuk pendidikan tinggi anak-anak anda.

Kedua-dua akaun ini mempunyai keistimewaan masing masing, bergantung kepada kemampuan anda untuk membuat penabungan bulanan.

Klik buka akaun SSPN -i plus online atau untuk memahami secara terperinci baca buka akaun SSPN -i plus.

Baca buka akaun SSPN -i Untuk membuka akaun SSPN -i