Skip to content
Home » SSPN -i Kini Dikenali Akaun Simpan SSPN Prime

SSPN -i Kini Dikenali Akaun Simpan SSPN Prime

  • by

SSPN -i kini dikenali Akaun Simpan SSPN Prime. Baru-baru ini, tanggal 3 September 2021, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN telah merasmikan produk simpanan SSPN yang baru iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Dulu dengan nama SSPN -i, kini dikenali Akaun Simpan SSPN Prime. Layari Buka Akaun Simpan SSPN untuk maklumat lanjut.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime

Berikut adalah keistimewaan dan manfaat dari Simpan SSPN Prime yang telah dirasmikan oleh PTPTN.

  • Patuh Syariah
  • Simpanan Dijamin Kerajaan
  • Pelepasan cukai sehingga RM8,000
  • Perlindugan takaful percuma keatas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan keatas
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Geran sepadan sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak
  • Dividen kompetitif

Ada Perbezaan Manfaat?

Setakat hari ini tiada perubahan maanfaat untuk Simpanan SSPN Prime. Segala keistimewaan dan manfaat yang tertera diatas adalah sama dengan Akaun SSPN -i sebelum ini.

Jom Buka Simpan SSPN Prime online

Anda boleh membuka Simpan SSPN Prime secara online. Layari Buka Simpan SSPN Prime online.

Tags: