Buka akaun SSPN adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Untuk pengetahuan semua, akaun SSPN ini terbahagi kepada dua iaitu SSPN -i dan SSPN -i Plus. Jadi akaun SSPN yang mana satu pilhan anda?

Objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman. Kedua-dua skim simpanan SSPN -i dan SSPN -i Plus ini adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Untuk mengetahui perbezaan dua akaun SSPN yang berbeza ini, sila layari “Perbezaan akaun SSPN -i berbanding akaun SSPN -i Plus“. Untuk membuka akaun SSPN -i Plus layari Buka Akaun SSPN -i Plus.

Dengan membuka akaun SSPN anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

Apa itu SSPN -i?

Seperti yang diterangkan sebelum ini, SSPN -i adalah tabung simpanan yang tidak memerlukan komitmen bulanan bagi tujuan pendidikan tinggi untuk anda ataupun anak-anak anda. Tabung SSPN -i direka khas oleh PTPTN.

Keistimewaan Akaun SSPN -i

Antara keistimewaan akaun SSPN -i adalah

  1. Mendapat pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang di buka atas nama anak atau anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 ke atas.
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  4. Pemberian geran sepada kerana memasuki institusi tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
  5. Simpanan di dalam akuan SSPN -i dijamin oleh kerajaan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

Syarat-syarat penyertaan SSPN -i

Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai atau membuka akaun SSPN -i.

  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
  3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri dengan umur 18 tahun keatas
  4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun SSPN -i untuk penerima manfaat yang sama
  5. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun
  6. Penerima manfaat yang mempunyai akaun SSPN -i, yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit akaun SSPN -i.
  7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN -i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Bagaimanakah untuk membuka akaun SSPN -i?

Cara nak buka akaun SSPN -i ini sangat mudah, begitu juga jika anda nak buka akaun SSPN -i untuk anak anda.

Akaun SSPN -i ini boleh dibuka di mana-mana kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen SSPN -i yang sah yang telah dilantik oleh pihak PTPTN.

Antara ejen-ejen SSPN -i yang sah adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, CIMB Bank, Maybank dan Pos Malaysia.

Pastikan anda telah mempunyai dokumen-dokumen berikut

  1. Borang permohonan Akaun SSPN -i yang lengkap.
  2. Slip deposit pembukaan akaun SSPN -i dengan minima RM20.
  3. Salinan My Kad /Kad Askar /Kad Polis pendeposit
  4. Salinan Mykid /Sijil Lahir /Mykad anak
  5. Atau salinan Sijil Anak Angkat (jika Akaun SSPN -i dibuka untuk anak angkat)
  6. Salinan slip gaji /Borang J /pengesahan gaji bagi pendeposit dan isteri bagi mereka yang mahu mendapatkan Geran Sepadan.

Borang permohonan Akaun SSPN -i boleh dimuat turun disini

Dimanakah boleh buka akaun SSPN -i?

Seperti yang diteragkan diatas tadi, Akaun SSPN -i ini boleh dibuka di mana-mana kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen SSPN -i yang sah yang telah dilantik oleh pihak PTPTN.

Berikut adalah ejen-ejen SSPN -i yang sah

  1. Bank Islam – Buka akaun SSPN di Bank Islam
  2. Bank Simpanan Nasional – Buka akaun SSPN di Bank Simpanan Nasional (BSN)
  3. Bank Rakyat – Buka akaun SSPN di Bank Rakyat
  4. CIMB Bank – Buka akaun SSPN di CIMB Bank
  5. Maybank – Buka akaun SSPN di Maybank
  6. Agrobank – Buka akaun SSPN di Agrobank
  7. POS Malaysia

Pembukaan akaun SSPN -i dan transaksi melalui ejen-ejen yang sah ini akan dikenakan fi dan caj yang minimal serendah RM0.50.

Buka akaun SSPN -i online

Anda juga boleh membuka Akaun SSPN -i secara online. Ini adalah lebih mudah jika anda mempunyai kemudahan internet.

Sama seperti membuka Akaun SSPN -i dengan ejen-ejen yang sah ini, anda akan diminta untuk mendepositkan minima RM20

Untuk membuka Akaun SSPN -i secara online layari Urusan Akaun SSPN -i

Semakan SSPN -i online

Semakan Akaun SSPN -i anda boleh dilakukan secara online. Layari Semak Penyata Akaun SSPN -i online. Anda akan memerlukan nombor Mykad dan kata laluan ke portal E-SSPN-i.

Sekiranya masih belum berdaftar dengan E-SSPN-i boleh lah membuat pendaftaran secara online E-SSPN-i, pastikan anda mempunyai nombor Akaun SSPN -i bersama anda.

Untuk pengetahuan semua, Akaun SSPN -i tidak mengunakan buku akaun. Apabila anda telah berjaya membuka Akaun SSPN -i, pihak PTPTN akan meghantar Slip Akuan Pembukaan Akaun SSPN -i kepada anda /pendeposit ke alamat yang telah didaftarkan sebagai bukti dan pengesahan akaun SSPN -i.

Jika slip akuan Akuan SSPN -i and hilang boleh lah menghubungi pihak Careline PTPTN di talian 03-219 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i.

Pengeluaran SSPN

Simpanan didalam Akaun SSPN -i boleh di keluarkan pada bila bila masa, bergantung kepada peraturan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Pengeluaran SSPN -i boleh dilakukan secara berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran dan mengemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borag boleh didapati di kaunter PTPTN
  2. Boleh dilakukan melalui ATM di bank yang terpilih.

Cawangan SSPN

SSPN dibawah kelolaan PTPTN mempunyai cawangan di setiap negeri di dalam Malaysia. Sil layari Cawangan SSPN bagi kesemua cawangan SSPN dan kaunter PTPTN.