Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengan akaun SSPN -i Plus adalah salah satu keistimewaan yang diberikan kepada pemegang akaun.

Kedua-dua akaun SSPN-i Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak atau anak jagaan yang sah.

Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, iaitu akaun SSPN -i Plus dan juga akaun SSPN -i, maka pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati hanya RM8,000 sahaja, bukan RM16,000.

Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM7,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP. Jadi jumlah keseluruhan pelepasan taksiran cukai pendapatan dengan akaun SSPN -i Plus adalah RM15,000.

Ayuh mari buka akaun SSPN -i plus secara online. Layari artikel Buka akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut mengenai akaun SSPN -i plus.

Berikut adalah antara keistimewaan membuka akaun SSPN -i plus

  1. Patuh syariah
  2. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000 setahun. Untuk maklumat lanjut layari artikel “Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus
  3. Komitmen simpanan serendah RM30 sebulan atau RM1 sehari
  4. Manfaat kematian /keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dam maksimum 3 orang anak
  8. Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
  9. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
  10. Layak memohon pinjaman PTPTN
  11. Perlindungan 24jam di seluruh dunia