Skip to content
Home » Akaun Simpan SSPN Plus

Akaun Simpan SSPN Plus

  • by

Akaun Simpan SSPN Plus atau dulu dikenali sebagai akaun SSPN -i Plus, adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan untuk penabungan skim pendidikan tinggi.

Akaun Simpan SSPN Plus adalah merupakan produk terbaru PTPTN, yang telah dilancarkan pada September 2021, dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

Simpan SSPN plus adalah akaun simpanan untuk anak anda, dan pada masa yang sama merupakan perlindungan takaful untuk anda dan untuk manfaat keluarga anda.

Statistik Pembukaan Akaun SSPN Plus

Berdasarkan statistik tahun 2021, sebanyak 694,792 Akaun Simpan SSPN Plus telah dibuka oleh 481,036 pendeposit.

Ini adalah salah satu tanda yang positive, seorang pendeposit membuka lebih daripada satu akaun. Ramai yang telah mengambil peluang ini, anda bila lagi?

Keistimewaan

Berikut adalah 12 keistimewaan untuk beralih kepada SSPN Plus.

  1. Perlindungan takaful (kematian & kemalangan) sehingga RM1.2 juta*
  2. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
  3. Melindungi 45* jenis penyakit kritikal.
  4. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  5. Elaun kemasukan hospital sebanyak RM250* sehari
  6. Mampu milik, komitmen serendah RM30
  7. Patuh Syariah, Simpanan dijamin mengikut syariah dan bebas dari unsur meragukan
  8. Dividen kompetitif, tambah simpanan dengan pulangan dividen tahunan yang menarik
  9. Nikmati Pelepasan taksiran cukai tahunan sehingga RM8,000 setahun
  10. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun
  11. Cabutan Wow, Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang tahun
  12. Pelan simpanan Simpan SSPN Plus mampu milik untuk semua
  13. Khairat Kematian untuk pasangan dan anak-anak (5 orang)*
  14. Layak untuk memohon pinjaman PTPTN bila buka akaun SSPN
  15. Pemberian Geran Sepadan kepada keluarga yg layak*
  16. Simpanan anda dijamin kerajaan

Pakej Simpan SSPN Plus

Pakej Simpan SSPN Plus ada enam kesemua nya. Bermula dengan RM30 sebulan sehinggalah kepada RM500 sebulan.

Pakej Intan adalah pakej permulaan dengan komitmen bulanan (RM30), dimana RM20 akan dimasukan kedalam akaun simpanan, manakala RM10 untuk perlindungan takaful.

PakejIntanDelimaTopasZamrudNilamBerlian
Simpanan (RM)204090180270200
Takaful (RM)1010102030300
Komitmen bulanan (RM)3050100200300500
Pakej Simpan SSPN Plus

Syarikat Pengendali Takaful

Seperti yang telah diterangkan diatas, Simpan SSPN Plus mempunyai tiga syarikat pengendali takaful iaitu:-

  1. Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)
  2. Great Eastern Takaful Berhad (GETB)
  3. Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB)

Baca Manfaat Takaful Akaun SSPN Plus untuk maklumat yang terperinci!

Syarat-Syarat Pendeposit

  1. Pendeposit hendaklah seorang warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 18 tahun sehingga mencapai 69 tahun (tertakluk kepada polisi syarikat pengendali takaful yang dipilih oleh pendeposit)

Syarat-Syarat Penerima Manfaat

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  3. Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja.
  4. Pendeposit boleh buka satu akaun bagi satu penerima manfaat
  5. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama
  6. Pendeposit wajib mengisi borang potongan gaji /auto debit /direct debit atau membuat bayaran terus lebih duit bulan untuk bayaran komitmen bulanan.

Pengeluaran dari Akaun Simpan SSPN Plus

  • Pendeposit hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran selepas tiga tahun daripada tarikh pembukaan akaun.
  • Pendeposit perlu mempunyai jumlah simpanan minimum sebanyak RM1,000 yang perlukan dikekalkan.
  • Selebihnya boleh dikeluarkan (selepas tiga tahun)

Penutupan Akaun

Pendeposit boleh menutup akaun pada bila-bila masa dan terus mengeluarkan kesemua simpanan dari akaun tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *