Skip to content
Home » Gong Xi Ang Pow SSPN 2022

Gong Xi Ang Pow SSPN 2022

  • by

Gong Xi Ang Pow SSPN 2022 bersama-sama meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina – Tahun Harimau. Tahun ini dengan tagline “Gong Xi Simpan, Konsgi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!” Kempen ini dianjurkakn di Peringkat Negeri. Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000 untuk dimenangi!

Tempoh Kempen

Kempen ini bermula dari 15 Januari 2022 sehingga 15 Februari 2022.

Syarat Penyertaan

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan kempen ini

  1. Terbuka kepada Semua pendeposit Simpan SSPN (Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus)
  2. Pendeposit perlu membuka atau membuat penambahan deposit dalam tempoh kempen
  3. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak
  4. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga tidak layak menyertai kempen ini
  5. Penentuan kelayakan cabutan mengikut negeri adalah berdasarkan alamat surat-menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit.

Kelayakan Penyertaan

Minimum RM50.

Pendeposit hanya perlu memastikan simpanan bersih* minimum RM50 untuk melayakkan pendeposit menyertai kempen ini.

Apa itu simpanan bersih? Simpanan bersih adalah wang yang disimpan di dalam tempoh kempen ditolak dengan wang yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

Kelayakan Cabutan

1 cabutan = RM50 simpanan bersih. Tiada had bilangan cabutan.

Boleh Ke Buat Pengeluaran?

Tidak! Pendeposit tidak dibenarkan membuat pengeluaran sepanjang tempoh pengekalan bermula 16 Februari sehingga 31 Mac 2022 daripada mana-mana akaun yang didepositkan dan perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) dalam tempoh kempen.

Apakah Hadiah Yang Ditawarkan?

Berikut adalah hadiah-hadiah yg ditawarkan untuk kempen Gong Xi Ang Pow 2022

KategoriHadiah Bilangan
PertamaTV Pintar 40K 50″1 pemenang * 14 Negeri
KeduaPeriuk tekanan tinggi 1 pemenang * 14 Negeri
KetigaBasikal lipat 1 pemenang * 14 Negeri
KeempatAngpow bernilai RM388 1 pemenang * 14 Negeri

Makluman Kepada Pemenang

Para pemenang akan dimaklumkan melalui surat/ emel/ panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *