Buka akaun SSPN -i Plus. Kenapa perlu buka akaun SSPN -i Plus? Sebelum itu mari sama sama kita mengenali dulu akaun SSPN -i Plus.

Sama seperti akaun SSPN -i, akaun SSPN -i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Bezanya akaun SSPN -i Plus mempunyai perlindungan takaful yang murah dan komprehensif yang tiada pada akaun SSPN -i. Klik Buka Akaun SSPN -i Plus untuk terus membuka akaun SSPN -i Plus.

Akaun SSPN -i Plus mengunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Apa itu akaun SSPN -i Plus?

Seperti yang telah diterangkan diatas, secara ringkasnya, akaun SSPN -i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi dan pada masa yang sama memberi perlindungan takaful.

Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan diantara akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i yang sedia ada, layari artikel kami “Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i

Syarat-syarat untuk membuka akaun

Mereka yang layak adalah semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai unur 64 tahun layak membuka akaun SSPN -i Plus untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun SSPN -i Plus untuk anak atau jagaan yang sah (mestilah warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

Siapakah yang layak membuka akaun?

Syarat-syarat membuka akaun SSPN -i Plus ini terbahagi kepada dua, iaitu syarat-syarat kepada Pendeposit dan Penerima Manfaat.

  1. Pendeposit
    • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
    • Berumur 18 tahun keatas sehingga mencapai 64 tahun
    • Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat
    • Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama
  2. Penerima Manfaat
    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 1 hari sehingga mencapai 29 tahun
    • Penerima manfaat adalah terdiri daripada diri sendiri atau anak atau anak jagaan yang sah sahaja

Keistimewaan Akaun SSPN -i Plus

Berikut adalah keistimewaan yang bakal dinikmati oleh mereka yang membuka akaun SSPN -i Plus:-

  1. Patuh syariah
  2. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000 setahun. Untuk maklumat lanjut layari artikel “Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus
  3. Komitmen simpanan serendah RM30 sebulan atau RM1 sehari
  4. Manfaat kematian /keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dam maksimum 3 orang anak
  8. Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
  9. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
  10. Layak memohon pinjaman PTPTN
  11. Perlindungan 24jam di seluruh dunia

Inilah 11 keistimewaan yang anda akan perolehi dengan membuka akaun sspn -i plus untuk anak atau anak jagaan anda yang sah.

Pakej simpanan akaun SSPN -i Plus

Untuk membuka akaun SSPN -i Plus, kena lah pilih salah satu dari 6 pakej ini, iaitu Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam dan Berlian. Setiap satu pakej ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Berikut adalah pakej yang ditawarkan dalam akaun SSPN -i Plus:-

PAKEJINTANDELIMATOPASZAMRUDNILAMBERLIAN*
Simpanan
SSPN -i Plus
RM20RM40RM90RM180RM270RM200
Sumbangan TakafulRM10RM10RM10RM20RM30RM300
JumlahRM30RM50RM100RM200RM300RM500

Pendeposit yang membuka akaun SSPN -i Plus untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej.

Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).

Untuk maklumat lanjut setiap Pakej yang ditawarkan didalam akaun SSPN -i plus, boleh lah layari setiap link berikut:-

  • Pakej Intan
  • Pakej Delima
  • Pakej Topas
  • Pakej Zamrud
  • Pakej Nilam
  • Pakej Berlian

Disini diterangkan secara ringkas setiap pakej akaun SSPN -i plus.

Pakej INTAN

Buka Akaun SSPN -i Plus - Pakej Intan

Pakej INTAN adalan Pakej permulaan untuk anda memulakan penabungan untuk pedidikan tinggi anak-anak anda.

  • Simpanan SSPN -i plus RM20
  • Sumbangan takaful RM10
  • Jumlah deposit bulanan RM30

Manfaat takaful bagi pakej INTAN akaun SSPN -i Plus adalah seperti berikut

  • Kematian biasa RM20,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM20,000
  • Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM10,000
  • Kematian akibat kemalangan RM40,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM40,000
  • Manfaat pendapatan hospital RM20
  • Khairat kematian (peserta) RM2,500
  • Khairat kematian (pasangan) RM2,500
  • Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM1,000

Pakej DELIMA

Buka Akaun SSPN -i Plus - Pakej Delima

Pakej DELIMA adalah pakej kedua akaun SSPN -i plus, dengan penambahan RM20. berikut adalah pecahan bagi pakej DELIMA

  • Simpanan SSPN -i Plus RM40
  • Sumbangan takaful RM10
  • Jumlah deposit bulanan RM50

Manfaat takaful bagi pakej DELIMA akaun SSPN -i Plus adalah sama seperti pakej INTAN.

Pakej TOPAS

Buka Akaun SSPN -i Plus - Pakej Topas

Pakej TOPAS adalah pakej ketiga dari akaun SSPN -i Plus. Pakej ini bernilai 2 kali ganda dari pakej DELIMA, dengan penambahan RM50. Berikut adalah pecahan bagi akaun SSPN -i plus pakej TOPAS

  • Simpanan SSPN -i Plus RM90
  • Sumbangan takaful RM10
  • Jumlah deposit bulanan RM100

Pakej TOPAS mempunyai manfaat takaful yang sama serperti pakej INTAN dan DELIMA.

Pakej ZAMRUD

Buka Akaun SSPN -i Plus - Pakej Zamrud

Ini adalah pakej ke-4 dari akaun SSPN -i Plus, dikenali sebagai Pakej Zamrud. Berikut adalah pecahan bagi akaun SSPN -i plus pakej Zamrud

  • Simpanan SSPN -i Plus RM180
  • Sumbangan takaful RM20
  • Jumlah deposit bulanan RM200

Manfaat takaful bagi pakej ZAMRUD ini berbeza dari pakej yang sebelum ini. Berikut adalah manfaat pakej ZAMRUD

  • Kematian biasa RM40,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM40,000
  • Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM20,000
  • Kematian akibat kemalangan RM80,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM80,000
  • Manfaat pendapatan hospital RM40
  • Khairat kematian (peserta) RM2,500
  • Khairat kematian (pasangan) RM2,500
  • Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM1,000

Pakej NILAM

Buka Akaun SSPN -i Plus - Pakej Nilam

Pakej NILAM adalah pakej nombor 5 dari akaun SSPN -i Plus. Harga pakej Nilam ini jauh lebih tinggi dari pakej INTAN, dan manfaat takaful nya juga berbeza dari kesemua pakej akaun SSPN -i plus yang telah dinyatakan diatas.

  • Simpanan SSPN -i Plus RM270
  • Sumbangan takaful RM30
  • Jumlah deposit bulanan RM300

Manfaat takaful pakej NILAM akaun SSPN -i Plus juga berbeza dari kesmua pakej yang lain. Berikut adalah manfaat takaful untuk Pakej NILAM

  • Kematian biasa RM60,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM60,000
  • Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM30,000
  • Kematian akibat kemalangan RM120,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM120,000
  • Manfaat pendapatan hospital RM60
  • Khairat kematian (peserta) RM2,500
  • Khairat kematian (pasangan) RM2,500
  • Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM1,000

Pakej BERLIAN

Buka Akaun SSPN -i Plus - Pakej Berlian

Ini adalah pakej yang ke-6, dan yang paling mahal dari kesemua pakej akaun SSPN -i Plus. Pecahan pakej BERLIAN akaun SSPN -i plus adalah seperti berikut

  • Simpanan SSPN -i Plus RM200
  • Sumbangan takaful RM300
  • Jumlah deposit bulanan RM500

Apabila dibandingkan dengan pakej Nilam, sumbangan simpanan SSPN -i Plus untuk pakej Berlian adalah lebih rendah, kurang RM70. Tetapi pakej ini lebih mengutamakan sumbangan takaful. Mari kita lihat manfaat takaful yang diperolehi dari pakej BERLIAN ini

  • Kematian biasa RM500,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM500,000
  • Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM100,000
  • Kematian akibat kemalangan RM1,000,000
  • Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM1,000,000
  • Keilatan kekal dan sebahagian RM100,000
  • Manfaat pendapatan hospital RM200
  • Khairat kematian (peserta) RM18,000
  • Khairat kematian (pasangan) RM9,000
  • Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM2,000

Pakej BERLIAN ini jelas memberi keutamaan kepada manfaat takaful dengan manfaat sehingga RM1 Juta.

Manfaat takaful

Berikut adalah manfaat takaful akaun SSPN -i Plus, ianya berkait rapat dengan pakej simpanan akaun SSPN -i plus yang dibuka.

Manfaat TakafulINTANDELIMATOPASZAMRUDNILAMBERLIAN
Kematian/ keilatan
kekal & menyeluruh
(Kemalangan)
40,000 40,000 40,000 80,000 120,0001,000,000
Kematian/ keilatan
kekal & menyeluruh
(Biasa)
20,000 20,000 20,000 40,00060,000500,000
Keilatan
kekal & sebahagian
(Biasa dan
kemalangan)
n/an/a n/a n/a n/a100,000
36 Penyakit
Kritikal
(Bayaran manfaat
dipercepatkan)
10,00010,00010,00020,00030,000100,000
Elaun kemasukan
hospital
20 20 20 40 60 200

Bagi Khairat kematian pendeposit, pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak; berikut adalah manfaat takaful SSPN -i plus untuk pakej Intan, Delima, Topas dan Zamrud,

  • RM2,500 bagi pendeposit dan pasangan
  • RM1,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja

Manakala untuk pakej Berlian

  • RM18,000 pendeposit
  • RM9,000 pasangan
  • RM2,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja

Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000

Pautan untuk membuka akaun SSPN -i Plus

Berikut adalah pautan untuk membuka akaun SSPN -i Plus, layari pautan berikut untuk maklumat lanjut dan cara-cara untuk membuka akaun SSPN -i Plus.

  1. Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus
  3. Syarat-syarat buka akaun SSPN -i Plus
  4. Cara nak buka akaun SSPN -i Plus
  5. Buka akaun SSPN -i Plus untuk anak
  6. Buka akaun SSPN -i Plus online

Kesimpulan

Tunggu apa lagi? Ayuh mari buka akaun SSPN -i plus secara online. Layari artikel Buka akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut mengenai akaun SSPN -i plus.