Skip to content
Home » Keistimewaan Tabung SSPN-i Plus

Keistimewaan Tabung SSPN-i Plus

  • by

Keistimewaan Tabung SSPN-i Plus. Dengan membuka akaun SSPN -i Plus, anda dapat menikmati 4 keistimewaan berikut:- 

  1. Simpanan; Simpanan dijamin kerajaan berserta dividen yang kompetitif
  2. Perlindungan; Dilengkapi manfaat perlindungan takaful yang komprehensif
  3. Pelepasan Cukai; Nikmati manfaat pelepasan cukai pendapatan sehingga Rm 12,000
  4. Cabutan WOW; berpeluang untuk memenangi 300 hadiah cabutan WOW bernilai RM 1.5 Juta!

Sertai SSPN-i Plus sekarang!

Dafar untuk 4 manfaat utama Tabung SSPN-i Plus

 

Berikut adalah Keistimewaan Tabung SSPN-i Plus secara terperinci

  1. Patuh syariah
  2. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000 setahun. Untuk maklumat lanjut layari artikel “Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus
  3. Komitmen simpanan serendah RM30 sebulan atau RM1 sehari
  4. Manfaat kematian /keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
  5. Tiada pemeriksaan kesihatan
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
  7. Khairat kematian termasuk pasangan dam maksimum 3 orang anak
  8. Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
  9. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
  10. Layak memohon pinjaman PTPTN
  11. Perlindungan 24jam di seluruh dunia

Keistimewaan Manfaat Takaful akaun SSPN -i Plus

Antara perbezaan yang ketara dengan akaun SSPN -i, akaun SSPN -i Plus mempunyai manfaat takaful  yang melindungi 36 jenis penyakit kritikal.

Berikut adalah manfaat takaful akaun SSPN -i Plus, ianya berkait rapat dengan pakej simpanan akaun SSPN -i plus yang dibuka.

Manfaat Takaful INTAN DELIMA TOPAS ZAMRUD NILAM BERLIAN
Kematian/ keilatan 
kekal & menyeluruh 
(Kemalangan)
40,000 40,000 40,000 80,000 120,000 1,000,000
Kematian/ keilatan 
kekal & menyeluruh 
(Biasa)
20,000 20,000 20,000 40,000 60,000 500,000
Keilatan 
kekal & sebahagian 
(Biasa dan 
kemalangan)
n/a n/a n/a n/a n/a 100,000
36 Penyakit 
Kritikal 
(Bayaran manfaat 
dipercepatkan)
10,000 10,000 10,000 20,000 30,000 100,000
Elaun kemasukan 
hospital
20 20 20 40 60 200

Bagi Khairat kematian pendeposit, pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak; berikut adalah manfaat takaful SSPN -i plus untuk pakej Intan, Delima, Topas dan Zamrud,

  • RM2,500 bagi pendeposit dan pasangan
  • RM1,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja

Manakala untuk pakej Berlian

  • RM18,000 pendeposit
  • RM9,000 pasangan
  • RM2,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja

Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000

Kesimpulan

Apa tunggu lagi, ayuh buka akaun SSPN -i plus segera. Layari artikel cara membuka akaun SSPN -i plus untuk maklumat lanjut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *