Skip to content
Home » Buka akaun SSPN di Bank Rakyat

Buka akaun SSPN di Bank Rakyat

Anda boleh buka akaun SSPN -i di Bank Rakyat. Akaun SSPN atau lebih dikenali dengan Skim Pendidikan Nasional (SSPN -i). SSPN adalah skim simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.

Keistimewaan buka akaun SSPN

Seperti yang diterangkan didalam Buka Akaun SSPN, berikut adalah keistimewaan untuk buka akaun SSPN -i ini.

  • Anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan.
  • Mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.

Pembukaan akaun SSPN di Bank Rakyat

Anda boleh membuka akaun SSPN -i di Bank Rakyat. Sebagai warganera Malaysia, anda boleh membuka akaun SSPN -i ini di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

Bank Rakyat adalah antara Bank yang dilantik PTPTN untuk menjadi agen kepada skim SSPN ini.

Caj Transaksi di Bank Rakyat

Bank mengenakan fi dan caj yang minimal untuk setiap urusan akaun SSPN -i di Bank Rakyat

  • Setiap deposit ke akaun SSPN akan di kenakan caj RM 0.50 setiap transaksi
  • Pembukaan akaun SSPN di bank Rakyat hanya dikenakan caj sebanyak RM 2.50

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan mengenaik buka akaun SSPN -i di Bank Rakyat, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454 atau layari terus portal Bank Rakyat