Skip to content
Home » Buka Akaun SSPN -i di Agrobank

Buka Akaun SSPN -i di Agrobank

Kini anda juga boleh buka akaun SSPN -i di Agrobank. Akaun SSPN atau lebih dikenali dengan Skim Pendidikan Nasional (SSPN -i). SSPN adalah skim simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.

Keistimewaan buka akaun SSPN

Seperti yang diterangkan didalam Buka Akaun SSPN, berikut adalah keistimewaan untuk buka akaun SSPN -i ini.

  • Anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan.
  • Mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.

Pembukaan akaun SSPN -i di Agrobank

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Agrobank merupakan antara agen yang sah kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN). Semua perkhidmatan SSPN -i boleh dibuat melalui kaunter di semua cawangan Agrobank.

Jenis perkhidmatan SSPN -i di Agrobank

Berikut adalah perkhidmatan yang boleh dilaksanakan di Agrobank apabila anda telah berjaya buka akaun SSPN -i di Agrobank.

  • Pembukaan akaun SSPN -i
  • Penambahan deposit akaun SSPN -i
  • Semak baki akaun SSPN -i

Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Agrobank

Berikut adalah syarat-syarat untuk buka akaun SSPN -i di Agrobank

  1. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia
  2. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri (18 tahun keatas)
  3. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama
  4. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
  5. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan
  6. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan mengenai buka akaun SSPN -i di Agrobank sila layari portal Agrobank