Skip to content
Home » Kempen Perlindungan Pasca Vaksnasi Covid-19 untuk Akaun SSPN -i Plus

Kempen Perlindungan Pasca Vaksnasi Covid-19 untuk Akaun SSPN -i Plus

  • by

Kempen Perlindungan Pasca Vaksnasi Covid-19 untuk Akaun SSPN -i Plus. Kempen ini adalah kerjasama antara PTPTN dan Hong Leong Insurans/ Takaful. Jom Buka Akaun SSPN -i Plus.

Kempen ini memperuntukkan dana sebanyak RM300,000 untuk tujuan perlindungan kepada rakyat Malaysia terhadap komplikasi atau kesan yang dialami selepas menerima Vaksin Covid-19.

Berapa lama tempoh kempen ini?

Kempen Perlindungan Pasca Vaksnasi Covid-19 bermula dari 30 Mei 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin untuk mengawal penuluran penyakit Covid-19.

Siapa yang layak menyertai Kempen Perlindungan Pasca Vaksnasi Covid-19 untuk Akaun SSPN -i Plus?

Kempen ini khas kepada pelanggan berumur diantara 18 hingga 65 tahun, yang membuka akaun bahru SSPN -i Plus dan menerima vaksin dalam tempoh kempen yang dinyatakan diatas dari 30 Mei 2021 sehingga 31 Ogos 2021.

Klik pada Akaun SSPN -i Plus untuk buka akaun SSPN -i Plus secara online. Untuk maklumat lanjut layari Keistimewaan Akaun SSPN -i Plus.

Manfaat perlindungan yang disediakan.

Manfaat perlindungan yang disediakan adalah seperti berikut:-

  1. Elaun kemasukan hospital akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebayak RM100 sehari (maksimum sehingga 7 hari).
  2. Manfaat kematian akibat komplikasi selepas pengambilan vaksn sebanyak RM5000 seorang.

Kedua-dua manfaat perlindungan ini terpakai didalam temph masa 30 hari bermula dari tarikh menerima vaksin, sehingga 30 September 2021, atau mana-mana tarikh yang awal.

Macam mana hendak membuat permohonan manfaat ini?

Pelanggang boleh memohon manfaat ni secara online di portal rasmin Hong Leong MSIG Takaful – www.hlmtakaful.com.my

Tempoh perlindungan

Tempoh perlindungan diberikan selama 30 hari bermula dari tarikh terima vaksin sehingga 30 September 2021 atau mana-mana tarikh yang awal atau sehingga dana RM300,000 telah habis digunakan.

Ada Tempoh Menunggu?

Tiada!

Jenis vaksin yang layak menerima manfaat ini.

Semua jenis vaksin Covid-19 yang diluluskan kerjaan Malaysia layak menerima manfaat ini.