Skip to content
Home » Buka akaun SSPN -i di Maybank

Buka akaun SSPN -i di Maybank

Anda boleh buka akaun SSPN di Maybank. Akaun SSPN atau lebih dikenali dengan Skim Pendidikan Nasional (SSPN -i). SSPN adalah skim simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.

Keistimewaan buka akaun SSPN

Seperti yang diterangkan didalam Buka Akaun SSPN, berikut adalah keistimewaan untuk buka akaun SSPN -i ini.

  • Anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan.
  • Mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.

1. Pembukaan akaun SSPN -i di Maybank

Anda boleh membuka akaun SSPN -i di Maybank. Sebagai warganera Malaysia, anda boleh membuka akaun SSPN -i ini di mana-mana cawangan Maybank.

2. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Maybank

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuka akaun SSPN -i di Maybank

  • Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Maybank ini terbahagi kepada tiga kategori had umur
  • Kategori 1 – Warganegara Malaysia berumur 1 hari hingga 29 tahun. Pembukaan akaun SSPN -i ini dilakukan oleh ibu bapa/ penjaga yang sah dan warganegara Malaysia yang lain untuk menerima manfaat.
  • Kategori 2- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.
  • Kategori 3 – Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun SSPN ini secara individu.

3. Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun SSPN -i di Maybank

  1. Borang pendaftaran SSPN -i yang lengkap
  2. Slip deposit pembukaan akaun SSPN -i dengan minima RM20.
  3. Salinan My Kad /Kad Askar /Kad Polis pendeposit
  4. Salinan Mykid /Sijil Lahir /Mykad anak
  5. Atau salinan Sijil Anak Angkat (jika Akaun SSPN -i dibuka untuk anak angkat)
  6. Salinan slip gaji /Borang J /pengesahan gaji bagi pendeposit dan isteri bagi mereka yang mahu mendapatkan Geran Sepadan

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai buka akaun SSPN -i di Maybank boleh lah layari portal Maybank