Anda boleh buka akaun SSPN -i di CIMB Bank. Akaun SSPN atau lebih dikenali dengan Skim Pendidikan Nasional (SSPN -i). SSPN adalah skim simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.
Keistimewaan buka akaun SSPN
Seperti yang diterangkan didalam Buka Akaun SSPN, berikut adalah keistimewaan untuk buka akaun SSPN -i ini.
- Anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan.
- Mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
- Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
- Simpanan dijamin oleh kerajaan.
Anda boleh buka akaun SSPN -i di CIMB Bank
Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Maybank
Berikut adalah syarat-syarat untuk membuka akaun SSPN -i di CIMB Bank
- Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di CIMB Bank ini terbahagi kepada tiga kategori had umur
- Kategori 1 – Warganegara Malaysia berumur 1 hari hingga 29 tahun. Pembukaan akaun SSPN -i ini dilakukan oleh ibu bapa/ penjaga yang sah dan warganegara Malaysia yang lain untuk menerima manfaat.
- Kategori 2- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.
- Kategori 3 – Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun SSPN ini secara individu.
Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun SSPN -i di CIMB Bank
- Borang pendaftaran SSPN -i yang lengkap
- Slip deposit pembukaan akaun SSPN -i dengan minima RM20.
- Salinan My Kad /Kad Askar /Kad Polis pendeposit
- Salinan Mykid /Sijil Lahir /Mykad anak
- Atau salinan Sijil Anak Angkat (jika Akaun SSPN -i dibuka untuk anak angkat)
- Salinan slip gaji /Borang J /pengesahan gaji bagi pendeposit dan isteri bagi mereka yang mahu mendapatkan Geran Sepadan
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai buka akaun SSPN -i di CIMB Bank boleh lah layari portal CIMB Bank atau hubungi Pusat Panggilan CIMB di 03 6204 7788