Skip to content
Home » Buka akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Buka akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • by

Anda boleh buka akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN). Akaun SSPN atau lebih dikenali dengan Skim Pendidikan Nasional (SSPN -i). SSPN adalah skim simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.

Keistimewaan buka akaun SSPN

Seperti yang diterangkan didalam Buka Akaun SSPN, berikut adalah keistimewaan untuk buka akaun SSPN -i ini.

  • Anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan.
  • Mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.

Anda bole buka lah akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Maybank

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuka akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN) ini terbahagi kepada tiga kategori had umur
  • Kategori 1 – Warganegara Malaysia berumur 1 hari hingga 29 tahun. Pembukaan akaun SSPN -i ini dilakukan oleh ibu bapa/ penjaga yang sah dan warganegara Malaysia yang lain untuk menerima manfaat.
  • Kategori 2- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.
  • Kategori 3 – Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun SSPN ini secara individu.

Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  1. Borang pendaftaran SSPN -i yang lengkap
  2. Slip deposit pembukaan akaun SSPN -i dengan minima RM20.
  3. Salinan My Kad /Kad Askar /Kad Polis pendeposit
  4. Salinan Mykid /Sijil Lahir /Mykad anak
  5. Atau salinan Sijil Anak Angkat (jika Akaun SSPN -i dibuka untuk anak angkat)
  6. Salinan slip gaji /Borang J /pengesahan gaji bagi pendeposit dan isteri bagi mereka yang mahu mendapatkan Geran Sepadan

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai buka akaun SSPN -i di Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh lah layari portal Bank Simpanan Nasional (BSN) atau hubungi Pusat Hubungan Pelamgam BSN di 1300 88 1900

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akaun Simpan SSPN Plus layari Buka Akaun Simpan SSPN Plus