Skip to content
Home » Buka akaun SSPN di Bank Islam

Buka akaun SSPN di Bank Islam

Anda boleh buka akaun SSPN di Bank Islam. Akaun SSPN atau lebih dikenali dengan Skim Pendidikan Nasional (SSPN -i). SSPN adalah skim simpanan yang direka khas oleh perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi dan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak.

Keistimewaan buka akaun SSPN

Seperti yang diterangkan didalam Buka Akaun SSPN, berikut adalah keistimewaan untuk buka akaun SSPN -i ini.

  • Anda layak untuk memohon pinjaman pendidikan.
  • Mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM 6,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak /anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan.

Perkhidmatan buka akaun SSPN -i di Bank Islam

Buka akaun di SSPN di Bank Islam sangat lah mudah. Anda boleh menikmati pelbagai perkhidmatan SSPN atau SSPN-i dengan mudah. Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Islam

1. Pembukaan akaun SSPN di Bank Islam

Anda boleh membuka akaun SSPN -i di Bank Islam. Sebagai warganera Malaysia, anda boleh membuka akaun SSPN -i ini di mana-mana cawangan Bank Islam

2. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN di Bank Islam

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuka akaun SSPN -i di Bank Islam

  • Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN -i di Bank Islam ini terbahagi kepada dua kategori had umur
  • Kategori 1 – Warganegara Malaysia berumur 1 hari hingga 29 tahun. Pembukaan akaun SSPN -i ini dilakukan oleh ibu bapa/ penjaga yang sah dan warganegara Malaysia yang lain untuk menerima manfaat.
  • Kategori 2- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai 29 tahun mempunyai pilihan sama ada untuk membuka akaun individu atau menjadi penerima manfaat di mana akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain.
  • Kategori 3 – Warganegara Malaysia yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun SSPN ini secara individu.

3. Deposit pembukaan akaun SSPN di Bank Islam

Deposit untuk membuka akaun SSPN -i di bank Islam adalah sebanyak RM20 sahaja.

4. Pengunaan kad ATM Bank Islam

Anda boleh meyambungkan akaun SSPN -i yang baru sahaja anda buka dengan kad ATM Bank Islam yang sedia ada dengan membawa dokumen yg diperlukan seperti berikut

  • MyKad / Kad Askar / Kad Polis Pendeposit.
  • Kad ATM
  • Borang Pendaftaran Akaun SSPN-i yang lengkap.

5. Pengunaan mesin ATM untuk akaun SSPN adalah seperti berikut

Apabila anda sudah berjaya membuka akaun SSPN -i di Bank Islam, anda boleh mengunakan perkhidmatan ATM atau terminal layan diri Bank Islam untuk kegunaan berikut

Perkhidmatan CawanganATM CDM
1. Pertanyaan baki akaun SSPN-i X X
2. Pindahan daripada / ke akaun SSPN-i* X X
3. Pengeluaran tunai daripada akaun SSPN-i** X
4. Deposit tunai ke akaun SSPN-i X X

Berikut adalah beberapa syarat pengunaan perkhidmatan ATM, CDM atau terminal layan diri Bank Islam

  • Pindahan Minimum:
    1. Pindahan daripada Akaun SSPN-i ke akaun Bank Islam RM10.00.
    2. Pindahan daripada akaun Bank Islam ke akaun SSPN-i RM2.00.
  • Pindahan Maksimum:
    1. Mengikut had transaksi pindahan harian ATM yang telah ditetapkan oleh Bank Islam atau oleh pelanggan yang tidak melebihi RM30,000.00 (termasuk pindahan ke akaun Bank Islam, Pindahan GIRO( IBG), Pindahan Segera (IBFT), SSPN-i, dan Tabung Haji).
    2. Pengeluaran Minimum: RM10.00.
    3. Pengeluaran Maksimum: Mengikut had transaksi pengeluaran harian iaitu RM5,000.00 (termasuk had pengeluaran tunai daripada akaun Bank Islam, SSPN-i, dan Tabung Haji).

Semua baki akaun SSPN-i akan dikemas kini serta-merta selepas transaksi. Walau bagaimanapun, wang yang disimpan/dipindahkan hanya boleh digunakan pada hari seterusnya.

4. Caj Transaksi akaun SSPN di Bank Islam

Bank Islam mengenakan caj transaksi seperti berikut bagi setiap transaksi akaun SSPN -i.

SaluranTransaksiCajAkaun
kena
Caj
CawanganPembukaan
akaun
SSPN-i
N/AN/A
Penyambungan akaun SSPN-iTiada cajN/A
ATMPengeluaran
wang
daripada akaun
SSPN-i
RM0.50SSPN
Pindahan daripada akaun SSPN-i ke
akaun Bank Islam
RM0.50Akaun
SSPN
Pindahan daripada akaun Bank Islam ke akaun
SSPN-i
RM0.50Akaun
Bank
Islam
Pertanyaan baki akaun SSPN-iTiada cajN/A
CDMDeposit tunai
ke akaun
SSPN-i
N/AN/A
Pertanyaan baki akaun SSPN-iN/AN/A

5. Waktu Operasi di Bank Islam

Berikut adalah waktu operasi kesemua cawangan Bank Islam kecuali Kelantan dan Terengganu

Isnin – Khamis: 9:30 pagi – 4:30 petang
Jumaat: 9:30 pagi – 12:30 petang
: 2:30 pagi – 4:30 petang

Manakala bagi negeri Kelantan dan Terengganu waktu operasi Bank Islam adalah seperti berikut

Ahad – Khamis: 9:30 pagi – 4:30 petang

Perkhidmatan Akaun SSPN (SSPN -i) di ATM dan CDM Bank Islam bermula dari pukul 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.

6. Pertanyaan lanjut untuk membuka akaun SSPN di Bank Islam

Jika ada masih mempunyai pertanyaan mengenai cara pembukaan akaun SSPN dia Bank Islam, anda boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03- 26 900 900 atau menghubungi Pusat Panggilan PTPTN di 03 – 21 933 000

Laman web Bank islam