Skip to content
Home » Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

Apa itu SSPN-i Plus? SSPN-i Plus adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i yang sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

 

Dengan SSPN-i Plus anda hanya perlu menabung serendah RM1 sehari, simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak akan terjamin sekali gus dapat menikmati pelbagai keistemewaaan penabungan dan memperoleh perlindungan insurans yang komprehensif sehingga RM40,000, di samping secara automatik layak menyertai cabutan hadiah yang menawarkan lebih 300 hadiah bernilai RM1.5 juta setahun. Ini adalah satu usaha yang baik dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengajak oarang ramai untuk menabung demi masa depan anak-anak yang disayangi.

 

Secara ringkasnya Tabung SSPN-i Plus mempunyai EMPAT manfaat utama kepada penabung.

Empat Manfaat Utama SSPN-i Plus

 

Dengan hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan, berikut adalah manfaat yang anda akan terima:

  1. Simpanan terkumpul sebanyak RM7,647 selepas 20 tahun*
  2. Manfaat kematian atau ilat kekal akibat kemalangan – RM40,000
  3. Manfaat kematian atau ilat kekal selain kemalangan – RM20,000
  4. Manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal – RM10,000
  5. Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
  6. Khairat kematian – RM2,500
  7. Pelepasan taksiran cukai
  8. Hadiah tahunan cabutan bertuah WOW

 

manfaat Tabung Pendidikan SSPN-i Plus

Susah ke nak menabung RM1 sehari demi untuk masa depan anak anak anda? Kalau sekarang berbelanja RM10 untuk makan tengah hari, kini cukup dengan RM9 sehari. Tak gitu?

 

Sudahkah anda menabung dalam Tabung Sspn-i Plus? Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan dan pendidikakn anak, sewajarnya Tabung Sspn-i Plus menjadi pilihan perancangan penabungan anda. Apatah lagi jika anda meneliti manfaat dan kelebihan yang ada melalui simpanan ini, pasti anda tidak mahu ketinggalan menyertai 14,075 pendeposit lain yang meyimpan untuk anak mereka.

 

Tabung Sspn-i Plus berbeza daripada Sspn-i kerana ia bukan sahaja menawarkan simpanan pendidikan, malah perlindungan takaful sehingga RM1 juta. Sspn-i Plus adalah kesinambungan kepada Tabung Sspn-i. yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 12 tahun lalu sbagai kemudahan kepada ibu bapa di negara ini menabung untuk pembiayaan pendidikan anak-anak, selain mengharapkan pembiayaan perbadanan itu.

 

Tabung Sspn-i Plus ini adalah satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan  yang sangat murah serta komprehensif umpama pepatah…

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Kenapa anda perlu menabung untuk anak anak anda?

Tabung SSPNi Plus - Waris terima pampasan dan maafaat

Daftar Tabung Sspn-i Plus

 

Pakej simpanan dan manfaat takaful Tabung Sspn-i Plus 

Pakej Tabung Sspn-i Plus dan manfaat takaful

 

Daftar sekarang untuk menikmati 4 Manfaat utama bila menabung dengan Tabung Sspn-i Plus.

Dafar untuk 4 manfaat utama Tabung SSPN-i Plus

Dafar Sekarang Tabung SSPN-i Plus