Skip to content
Home » Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Buka Akaun Simpan SSPN Plus

  • by

Buka Akaun Simpan SSPN Plus. Untuk pengetahuan umum SSPN atau dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.

Apakah Simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN yang dilancarkan pada September 2021. Dulu produk ini dikenali dengan nama SSPN -i Plus.

Simpan SSPN Plus adalah produk PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

Kenapa Kena Buka Akaun Simpan SSPN Plus?

Dengan SSPN Plus, anda menabung demi masa depan anak-anak yang tersayang untuk pendidikan tinggi mereka, disamping menerima manfaat takaful. SSPN Plus juga memberi dividen tahunan yang tinggi.

Berikut adalah antara keistimewaan untuk beralih kepada SSPN Plus.

  • Perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta*
  • Melindungi 45* jenis penyakit kritikal. Tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
  • Elaun kemasukan hospital sebanyak RM250* sehari
  • Patuh Syariah, Simpanan dijamin mengikut syariah dan bebas dari unsur meragukan
  • Dividen kompetitif, tambah simpanan dengan pulangan dividen tahunan yang menarik
  • Nikmati Pelepasan taksiran cukai tahunan
  • Cabutan Wow, Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang tahun
  • Pelan simpanan Simpan SSPN Plus mampu milik untuk semua
  • Khairat Kematian untuk pasangan dan anak-anak (5 orang)*
  • Layak untuk memohon pinjaman PTPTN bila buka akaun SSPN
  • Pemberian Geran Sepadan kepada keluarga yg layak*
  • Simpanan anda dijamin kerajaan

Pakej SSPN Plus

Pakej SSPN plus ada enam kesemuanya, dengan Intan sebagai pakej yang paling basic dengan komitmen sebanyak RM30 setiap bulan.

Dari RM30 ini, RM10 akan di masukkan untuk manfaat takaful.

Berikut adalah kesemua pakej SSPN Plus dengan pecahan simpanan dan takaful.

PakejIntanDelimaTopasZamrudNilam Berlian
Simpanan (RM)204090180270200
Takaful (RM)1010102030300
Komitmen
bulanan (RM)
3050100200300500

Manfaat Takaful

Seperti yang telah dimaklumkan, akaun simpanan ini mempunyai manfaat takaful kepada pendeposit, dengan jumlah perlindungan yang paling tinggi sebanyak RM 1.2 juta.

Berpandukan pakej SSPN Plus diatas, kita boleh ringkaskan terdapat EMPAT manfaat takaful yang berbeza, seperti berikut

PakejIntan, Delima & TopasZamrudNilamBerlian
Sumbangan Takaful (RM)102030300

Secara ringkasnya dapat disimpulkan, GETB, HLMT dan TIFB masing masing mempunyai kelebihan tersendiri.

GETB lebih kepada kemalangan di luar negara, keilatan separa kekal akibat kemalangan dan perlndungan penyakit kritikal.

HLMT pula memberi keseluruhan perlindungan yang lebih tinggi, HLMT juga memberi manfaat untuk Keilatan Kekal Dan Sebahagian Biasa (bukan akibat kemalangan) yang tidak ada pada GETB dab TIFB.

Manakal bagi TIFB pula, memberi kelebihan kepada Khairat Kematian disamping memberi manfaat rawatan pesakit luar akibat kemalangan.

Dibawah ini disertakan perbandingan manfaat takaful untuk semua pakej.

Manfaat Takaful Pakej Intan, Delima dan Topas

Manfaat Takaful Pakej Intan Delima dan Topaz

Manfaat Takaful Pakej Zamrud

Manfaat Takaful Pakej Zamrud

Manfaat Takaful Pakej Nilam

Manfaat Takaful Pakej Nilam

Manfaat Takaful Pakej Berlian

Manfaat Takaful Pakej Berlian

Kisah Penerima Manfaat Takaful

Sepanjang tahun ada sahaja berita-berita yang menyedihkan, kemalangan berlaku. Apakah nasib mereka selepas tiada sumber pendapatan.

Ramai yang telah menerima manfaat hasil dari mebuka Akaun SSPN -i Plus yang kini dikenali sebagai Akaun Simpan SSPN Plus dan terus menabung bersama PTPTN.

Berikut adalah beberapa keratan akhbar dari 2017 sehingga 2022, membuktikan PTPTN serius dalam membantu mereka yang telah meyimpan didalam SSPN Plus.

Keratan Akhbar Penerima Manfaat Takaful SSPN Plus

Pengecualian Cukai

Disamping menerima manfaat takaful, pengecualian cukai juga merupakan salah satu faktor utama untuk membuka akaun simpan SSPN Plus ini.

Lihat contoh borang LHDN dibawah. ini adalah kesemua pengecualian cukai yang dibenarkan dari F1 sehingga F19.

Apakah beza antara kesemua pengecualian cukai yang dibenarkan berbading pengecualian cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN Plus? Bezanya adalah SSPN Plus berbentuk SIMPANAN, bukan disebabkan perbelanjaan.

Ada DUA pelepasan cukai;

  1. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun. Jumlah simpanan dalam tahun taksiran tolak jumlah pengeluaran pada tahun yang sama.

2. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);

Contoh pengiraan berdasarkan simpanan dalam tahun 2021 pakej Topas;

Baki simpanan bawa ke hadapan (dari tahun 2020) RM 4,500
Simpanan RM 180 x 12 bulan (A) RM 2,160
Takaful RM 20 * 12 bulan (B) RM 240
Pengeluaran pada tahun 2021 (C) RM 500
Pengecualian cukai simpanan bersih 2021 (A – C) RM 1660
Pengecualian cukai sumbangan takaful 2021 (B) RM 240
Nota: Baki bawa ke hadapan sebanyak RM4,500 tidak diambil kira

Borang LHDN - Bahagian Pelepasan Cukai Akaun Simpan SSPN
Borang LHDN – Perhatikan F11 & F15. Pengecualian cukai yang dibenarkan.

Pakej Mana Sesuai Untuk Saya?

Pasti anda tertanya-tanya, pakej mana yang saya perlu ambil? Mari perhatikan ilustrasi ini.

Ali, adalah seorang pendeposit Akaun Simpan SSPN Plus. Dia telah berjaya mendeposit sebanyak RM6,000 untuk pakej Intan

Pakej Akaun Simpan SSPN Plus mana nak pilih

Dengan RM 6,000 bagi pakej Intan, Ali telah berjaya membuat simpanan selama 200 bulan bersamaan dengan 16.6 tahun.

Jumlah simpanan Ali adalah sebanyak RM 4,000 manakala, jumlah sumbangan kepada takaful adalah sebanyak RM 2,000.

Tetapi jika Ali menabung dengan pakej Topas, Zamrud ataupun Nilam, Ali akan mendapat jumlah simpanan sebanyak RM 5,400, manakala jumlah sumbangan kepada takaful cuma serendah RM 600 sahaja dengan manfaat takaful yang lebih tinggi.

Bezanya, bilangan bulanan berkurangan, Topas untuk jangkamasa 60 bulan (5 tahun), Zamrud untuk 30 bulan ( 2.5 tahun) dan Nilam hanya untuk jangkamasa 1.6 tahun sahaja.

Tetapi secara asasnya, kita dapat simpulkan peratusan simpanan didalam pakej Topas, Zamrud dan Nilam adalah jauh lebih besar dari pakej lain, dengan nisbah 90% : 10%

Pakej Akaun Simpan SSPN Plus mana nak pilih berdasarkan peratusan

Macam mana? Dah tahu pakej mana nak pilih?

Saya syorkan mulakan dengan pakej Topas, cubalah menyimpan RM3.30 sehari atau pakej Zamrud dengan RM6 sehari untuk simpanan dan maafaat takaful yang lebih tinggi, demi untuk kepentingan masa depan anak-anak anda!

Buka Akaun Simpan SSPN Plus Secara Online

Jom buka akaun Simpan SSPN Plus secara online, mudah dan hanya perlukan 7 minit dari masa anda.

Apa yang anda perlukan?

  1. Maklumat pendeposit (no kad pengenalan, alamat, no telifon …)
  2. Maklumat penerima manfaat (nama anak, no kad pengenalan, tarikh lahir…)
  3. Pakej SSPN Plus yang hendak di pilih (Topas, Zamrul atau Nilam?)
  4. Syarikat pengendali takaful yang diperlukan (HLMT, GETB atau TIFB?)
  5. Pilihan bayaran deposit (2 bulan /6 bulan /potongan secara direct debit)

Klik Daftar Buka Akaun Simpan SSPN Plus untuk meneruskan secara online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *