Pengumuman Belanjawan 2026 telah membawa sinar harapan baharu buat ribuan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kerajaan mengesahkan bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar akan ditukar status kepada biasiswa penuh bermula tahun 2026, menjadikannya inisiatif Pendidikan Percuma PTPTN yang pertama kali dilaksanakan secara sasaran.
Inisiatif bersejarah ini, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah langkah proaktif kerajaan dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan saksama, sejajar dengan agenda Malaysia MADANI.
1. Pinjaman Ditukar Biasiswa (Pendidikan Percuma PTPTN)
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, mengesahkan bahawa status pinjaman untuk pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA akan ditukar kepada biasiswa.
- Sasaran Utama: Pelajar yang datang daripada keluarga miskin dan miskin tegar.
- Kriteria Kelayakan: Pengenalpastian akan dibuat secara bersasar menggunakan data e-Kasih yang sahih.
- Manfaat: Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 5,800 pelajar, melibatkan peruntukan tahunan berjumlah RM120 juta, membolehkan mereka menikmati Pendidikan Percuma PTPTN tanpa perlu risau tentang hutang.
Langkah ini diharap dapat meringankan beban kewangan keluarga dan memberi ruang sepenuhnya kepada pelajar untuk menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik.
2. Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Bagi Pelajar Cemerlang
Ini adalah satu berita gembira Pendidikan Percuma PTPTN untuk golongan e-Kasih. Selain itu belanjawan 2026 turut memperluaskan pengecualian bayaran balik pinjaman sebagai penghargaan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik.
- Kriteria Pengecualian: Pengecualian bayaran balik PTPTN akan diberikan kepada peminjam dari keluarga berpendapatan rendah dan menengah (B40 dan M40). Yang mana memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA.
- Manfaat: Inisiatif ini dijangka memanfaatkan sekitar 6,000 peminjam setahun dengan peruntukan sebanyak RM90 juta.
Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan. Dalam menghargai pelajar cemerlang dan pada masa sama, mengurangkan beban kewangan graduan dari keluarga berpendapatan sederhana.
3. Kelestarian Dana dan Peranan SSPN
Dalam mengulas mengenai kelestarian dana PTPTN, Datuk Seri Norliza menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kekal sebagai kemudahan yang perlu dilunaskan semula bagi memastikan kesinambungan dana untuk generasi peminjam akan datang. Sekatan perjalanan ke luar negara akan dilaksanakan secara bersasar terhadap peminjam yang berkemampuan tetapi culas membuat bayaran balik.
Pengumuman hebat mengenai Pendidikan Percuma PTPTN ini adalah satu penekanan tentang betapa pentingnya perancangan pendidikan tinggi sejak awal. Walaupun kerajaan sentiasa prihatin melalui inisiatif seperti pinjaman bertukar biasiswa, namun menjamin masa depan pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.
Untuk memastikan anak-anak anda tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN dan dapat menikmati peluang pendidikan tinggi tanpa tekanan hutang, langkah terbaik adalah dengan memulakan simpanan secara konsisten. Akaun Simpan SSPN menawarkan pilihan simpanan yang dijamin kerajaan, memberikan perlindungan takaful, dan yang paling penting, insentif pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.
Jangan tunggu sehingga saat akhir. Jom bertindak sekarang untuk menjamin Pendidikan Percuma PTPTN (atau melalui simpanan sendiri) dengan membuka Akaun Simpan SSPN.
Sumber Asal
- Siaran Media Rasmi PTPTN: Siaran Media PTPTN – Belanjawan 2026: Manfaat Kepada Peminjam PTPTN dan Kelestarian Pendidikan Tinggi Negara
- Laporan Berita Asal: PTPTN chairman says loans for students from poor families to be converted into scholarships next year – Malay Mail
- Baca PTPTN JELAS: Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ijazah Kelas Pertama Kekal Berkuat Kuasa! – SSPN untuk mengetahui Syarat Wajib Pengecualian PTPTN Kelas Pertama.


Pingback: Sekatan Perjalanan Peminjam PTPTN Kembali: 2 Kriteria Kumpulan Culas Yang Disasarkan Kerajaan (Belanjawan 2026) - SSPN