Cabutan Wow SSPN-i Plus 2020

Cabutan Wow SSPN-i Plus 2020 adalah satu peraduan SSPN 2020 yang dinanti-nantikan oleh setiap pendeposit SSPN -i Plus.

Alhamdulillah, PTPTN dengan sukacita telah melancarkan Cabutan WOW, cabutan bertuah SSPN 2020 ini pada 14 Julai 2020.

Ianya telah diwujudkan semenjak SSPN-i Plus ini diperkenalkan pada tahun 2015.

Program ini merupakan penghargaan keatas kesetiaan pendeposit yang terus setia membuat simpanan di dalam akaun SSPN-i Plus, tak lupa juga kepada para pendeposit buka akaun SSPN-i Plus yang baru.

Program promosi SSPN -i Plus 2020 ini bermula dari 1 Julai hingga 31 Disember 2020.

Kategori Cabutan Wow SSPN-i Plus

Untuk tahun 2020 ini, Cabutan Wow terdiri daripada dua kategori

  1. Cabutan bulanan
  2. Cabutan tahunan

Jadi setiap pendeposit SSPN-i Plus, masing masing mempunyai 7 peluang untuk memenagi samada cabutan bulanan, cabutan tahunan atau mungkin kedua dua sekali.

Hadiah Yang Ditawarkan

Berikut adalah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang bertuah:-

Bagi cabutan bulanan, hadiah merupakan wang tunai sebanyak RM2,020.00 untuk 20 pendeposit akaun SSPN-i Plus.

Hadiah bulanan ini akan dikeluarkan setiap bulan dari bulan Julai 2020 hingga Disember 2020.

Manakala hadiah utama untuk cabutan tahunan Cabutan Wow SSPN-i Plus 2020 adalah berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line.

Hadiah tempat kedua merupakan wang tunai sebanyak RM50,000.00, manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.00.

Akhir sekali hadiah saguhati RM500.00 untuk seribu pendeposit akaun SSPN-i plus yang bertuah.

Keputusan Cabutan Bertuah SSPN-i Plus 2020

Keputusan cabutan bertuah SSPN-i Plus 2020 akan dimaklumkan kepada pemenang melalui surat atau e-mel atau melalui panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian.

Berikut adalah pemenang SSPN 2020 yang terawal:

  1. Pemenang bulan Julai 2020 – RM2,020.00 untuk 20 orang
  2. Pemenang bulan Ogos 2020 – RM2,020.00 untuk 20 orang
  3. Pemenang bulan September 2020 – belum dikeluarkan lagi.
  4. Pemenang bulan Oktober – belum ada.
  5. Pemenang bulan November – belum ada.
  6. Pemenang bulan Disember – belum ada.

Cabutan WOW SSPN-i Plus 2020 - hadiah utama. Photo by Mike from Pexels

Jom Buka Akaun SSPN-i Plus

Kepada yang hendak menjadi pendeposit Akaun SSPN-i Plus boleh lah melayari Membuka Akaun SSPN-i Plus untuk terus membuka akaun atau layari Pengenalan Akaun SSPN-i Plus untuk mengetahui lebih lanjut tentang Akaun SSPN-i Plus.

Kepada yang sudah pun menjadi pendeposit akaun SSPN-i Plus boleh terus membuat penambah deposit Akaun SSPN-i Plus.

Cabutan Wow SSPN-i Plus 2020 bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menabung bagi keperluan pendidikan anak anak mereka disamping menikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful yang ditawarkan kepada para pendeposit Akaun SSPN-i Plus.

Jom buka akaun SSPN-i Plus sekarang!