Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019 adalah cabutan tahunan dari PTPTN. Seperti tahun tahun yang sebelum ini, Cabutan Wow SSPN -i Plus diadakan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten.

Ia juga bagi menghargai rakyat Malaysia yang memilih akuan SSPN -i Plus sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak.

Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019 hanya layak bagi pendeposit yang mempunyai akaun SSPN -i Plus. Ianya terbahagi kepada dua (2) cabutan

  1. Cabutan Wow Siri
  2. Cabutan Wow Tahunan

Syarat-syarat kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan umum bagi Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019:-

  1. Terbuka kepada semua pendeposit SSPN -i Plus
  2. Kempen ini tidak layak disertai oleh:
    • Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
    • Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak)
  3. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan
  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.
  5. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masuk layak untuk menyertai Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019.
  6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat tempoh promosi

Kelayakan Khas Cabutan Wow Siri

Cabutan Wow Siri ini terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN -i Plus yang baharu dalam tempoh promosi. Jom buka akaun SSPN -i Plus baru. Layari Buka akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut.

Kelayakan Khas Cabutan Wow Tahunan

  1. Terbuka kepada pendeposit baharu dan pendeposit yang sedia ada.
  2. Pendeposit sedia ada perlu membuat penambahan simpanan semasa Tempoh Promosi dari Januari hngga Disember 2019.
  3. Pendeposit sedia ada yang membuka kaun SSPN -i Plus melebihi tiga (3) tahun dan telah membuat pengeluaran, bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan

Hadiah Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019

Setiap pendeposit akaun SSPN -i Plus berpeluang memenangi hadiah berikut:-

Cabutan Wow Siri

Hadiah Cabutan Wow Siri Bilangan Hadiah
Siri 1 (Jul – Ogos 2019): Hadiah tunai bernilai RM3,00015
Siri 2 (Sept – Okt 2019): Hadiah tunai bernilai RM3,00015
Siri 3 (Nov – Dis 2019): Hadiah tunai bernilai RM3,00015

Cabutan Wow Tahunan

PemenangHadiah Cabutan Wow TahunanBilangan Hadiah
UtamaKereta Proton X70 Premium 2WD1
SaguhatiHadian tunai bernilai RM1,500150

Tunggu apa lagi? Jom buka akaun SSPN -i Plus baru atau tambah deposit simpanan akaun SSPN -i Plus yang sedia ada.