Shell Malaysia mengumumkan pembukaan semula Program Biasiswa Shell (Scholarship) Malaysia. Program ini bertujuan membantu pelajar mencapai cita-cita akademik. Ia juga menyediakan laluan kerjaya unik dalam industri tenaga.
Biasiswa ini bukan sekadar bantuan kewangan. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang Shell untuk pembangunan modal insan Malaysia. Sejak ia ditubuhkan, program berprestij ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 1500 pelajar cemerlang.
Ia membuka pintu kepada peluang kerjaya yang cerah di dalam industri tenaga yang dinamik. Shell komited untuk melahirkan pemimpin masa depan yang berinovasi dan berwawasan tinggi.
Peluang Pengajian dan Syarat Kelayakan
Program Biasiswa Shell (Scholarship) Malaysia ini menaja calon berkelayakan di peringkat A-Levels dan sarjana muda di kolej serta universiti tempatan dan luar negara yang berprestij. Pemilihan bidang pengajian yang dibiayai adalah sejajar dengan keperluan masa hadapan industri tenaga global.
Bidang pengajian yang layak termasuk:
- Kejuruteraan: Mekanikal, Sivil, Kimia, Petroleum, Elektrik & Elektronik, Alam Sekitar, dan Lestari.
- Sains: Geologi, Geosains, Sains Data.
- Komersial: Perniagaan & Pengurusan, Pemasaran Digital.
Syarat utama permohonan adalah:
- Memiliki keputusan akademik yang cemerlang: Minimum 8A (A/A+) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau keputusan O-Level cemerlang (A*/A) dalam IGCSE.
- Menunjukkan kemahiran kepimpinan yang kukuh dan aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau pinjaman lain yang boleh menghalang permohonan.
- Biasiswa ini terbuka kepada calon Lepasan SPM 2025 atau O-Level 2026 yang bersedia mengikuti program A-Levels di institusi terpilih.
Tarikh Penting dan Proses Permohonan
Tarikh permohonan biasiswa ini akan dibuka pada hari keputusan SPM 2025 dijangkan pada bulan April atau Mei 2026. Para calon dinasihatkan untuk membuat persediaan awal. Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk meneruskan ke peringkat permohonan seterusnya, yang mungkin melibatkan ujian penilaian (assessment), temu duga, dan cabaran berkumpulan.
Manfaat Tambahan
Penerima biasiswa bukan sahaja akan mendapat pembiayaan pendidikan sepenuhnya, malah turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam program pembangunan diri yang intensif. Ini termasuklah sesi mentor bersama pemimpin industri, pendedahan awal kepada operasi syarikat melalui latihan industri, serta membina jaringan profesional yang luas.
Faedah-faedah ini direka khusus untuk membentuk anda menjadi profesional yang berwibawa, sedia untuk menyumbang kepada Shell atau industri tenaga secara amnya selepas tamat pengajian. Ini merupakan satu peluang keemasan untuk membina kerjaya cemerlang anda bersama sebuah syarikat tenaga global.
Sumber maklumat Program Biasiswa Shell (Scholarship) Malaysia ini adalah dari laman web rasmi shell.com.my